120 SUKARELAWAN BEKERJASAMA BERSIHKAN 420 KG SAMPAH DI PANTAI PENYABONG

...

MERSING, 22 June 2025

SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) menganjurkan Program YOK! Bersih Pantai sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang menyaksikan sebanyak 420 kilogram sampah bersama 170 kilogram barangan kitar semula berjaya dibersihkan oleh 120 orang sukarelawan. 

Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, program tersebut telah mendapatkan kerjasama Majlis Daerah Mersing dengan penglibatan sukarelawan dari guru dan murid SK Penyabong bersama kakitangan dari rakan industri dan agensi awam. 

Bengkel Audit Sisa turut diadakan semasa program tersebut yang dikelolakan oleh guru dari SK Penyabong bagi meningkatkan pemahaman sukarelawan tentang pengasingan sisa dan kesedaran berkaitan perlindungan alam sekitar. 

Program tersebut dianjurkan juga sebagai menyokong Pelan Strategik Bandar Bersih Johor yang baru dilancarkan di peringkat daerah Mersing oleh pihak SWCorp. Di samping sebagai kesedaran dalam persediaan menjelang Tahun Melawat Johor 2026 tidak lama lagi. 

Turut hadir menyertai para sukarelawan dalam program tersebut adalah Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Mohd Norman Noh.