120 SUKARELAWAN JAYAKAN PROGRAM BERSIH PANTAI ANJURAN SWM ENVIRONMENT

...

MERSING, 19 June 2025

Seramai 120 orang sukarelawan daripada pelbagai agensi seperti Yayasan JCorp dan murid dari SK Penyabong terlibat dalam program YOK! Bersih Pantai anjuran SWM Environment yang berlangsung di Pantai Penyabong, Mersing dan berjaya membersihkan sebanyak 420 kilogram sampah bersama mengumpulkan 170 kilogram barangan kitar semula. 

Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, program tersebut dianjurkan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bertujuan untuk mempromosi dan memupuk kesedaran terhadap kebersihan persekitaran dan kelestarian alam sekitar di kawasan awam dan ekosistem alam sekitar. 

Tambah beliau, program tersebut juga selari dengan usaha memastikan kebersihan kawasan tumpuan awam yang menjadi tarikan utama pelancong ke Mersing selari dengan persediaan menjelang Tahun Melawat Johor 2026 tidak lama lagi.