SWM ENVIRONMENT, MBIP BEKERJASAMA ANJURKAN PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL

ISKANDAR PUTERI, 10 June 2025
SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah bekerjasama dalam penganjuran program Korban Perdana sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang memberi manfaat kepada golongan miskin, ibu tunggal dan warga emas.
Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, program kerjasama tersebut bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan menyemai nilai kesukarelawanan dalam kalangan kakitangan SWM Environment. Selain kerjasama dalam inisiatif CSR, pihak SWM Environment dan MBIP turut bekerjasama dalam inisiatif Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) di bawah rangka Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK).