SWCorp Kenal Pasti 15 Lokasi Projek Rintis Jalan Tanpa Debu Di Negeri Sembilan.

NILAI, 30 June 2025
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengenal pasti 15 lokasi bagi pelaksanaan Projek Rintis Jalan Tanpa Debu terutama di kawasan tumpuan pelancong di Negeri Sembilan.
Pengarah SWCorp Negeri Sembilan Cairul Hisham Jalaluddin berkata inisiatif berkenaan bertujuan mewujudkan persekitaran bandar yang lebih bersih, bebas daripada debu, kotoran halus
dan sisa pencemaran yang boleh menjejaskan imej serta keselesaan awam.
“Selain di Dataran Nilai di sini, lokasi lain termasuk di Lorong Seni,Seremban, Dataran Senawang, tangga depan Majlis BandarayaSeremban, Dataran Melang, Dataran Jempol serta Jeti Pantai Batu1 dan Dataran Kemang di Port Dickson.
“Projek ini tercetus hasil lawatan kerja Ketua Pegawai EksekutifSWCorp Khalid Mohamed ke China pada April lepasyang menyaksikan sendiri keberkesanan sistem pembersihanbandar menggunakan jentera moden tanpa mencemarkanpermukaan jalan,” katanya kepada pemberita selepas meninjauaktiviti pembersihan itu di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan KerajaanTempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J Arul Kumar.
Dalam pada itu, Cairul Hisham berkata kerja pembersihandilaksanakan secara gabungan antara cucian bertekanan tinggidan sapuan manual sekali gus membolehkan pelaksanaan yanglebih teliti dan menyeluruh.
Beliau berkata ia termasuk pengumpulan dan sapuan sisa pepejal,pembersihan najis burung secara manual terutama di kawasanberteduh dan lokasi awam yang sering dicemari serta cucianpermukaan jalan menggunakan pam air bertekanan tinggi untukmenghapuskan habuk, pasir dan kotoran.
“Kita juga dalam perancangan untuk meneruskan pelaksanaan inisecara berfasa sebagai pelan jangka panjang kebersihan bandar.Jika ia mendapat respons baik, kita akan teruskan di lokasi lainselepas ini, kebersihan merupakan tanggungjawab bersama,”katanya.
Sementara itu, Arul Kumar berkata projek berkenaan menerimamaklum balas memberangsangkan daripada orangawam terutama dari segi tahap kebersihan visual dan impakpersekitaran yang lebih selesa.
“Paling penting tahun depan adalah Tahun Melawat NegeriSembilan, jadi dalam tempoh enam bulan ini kita dapat membersihkan tempat tumpuan pelancong termasuk di dataran Nilai yang banyak dianjurkan program besar seperi NS Fest danada peringkat kebangsaan.
“Jadi saya harap selepas ini orang ramai janganlah buangsampah di merata tempat dan mengotorkan tempat ini, ia bukansahaja beri nilai tambah kepada kesihatan awam, tetapi jugameningkatkan imej kawasan berimpak tinggi seperti kawasanpelancongan dan riadah,” katanya.