SWM Environment adakan ceramah perlindungan alam sekitar; dihadiri 200

...

MELAKA, 23 June 2025

SWM Environment berbesar hati apabila diberi peluang untuk berkongsi ilmu dengan warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jasin, Merlimau, Jasin pada program Seminar 'Recycle For a Better Future' di kampus berkenaan.

Pada program itu, wakil SWM Environment menyampaikan ceramah berkaitan Pengasingan Sisa di Punca dan Pengenalan program kitar semula berganjaran, KITARecycle kepada kira-kira 200 warga kampus termasuk pelajar dan warga kerja.

Program berkenaan adalah kesinambungan kepada Memorandum Persefahaman Antara UiTM dan SWM Environment yang dimeterai pada Februari lalu.

Terdahulu telah berlangsung Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula di kampus berkenaan membabitkan dua kategori iaitu pelajar dan warga kerja.