GANJARAN UNTUK WARGA UITM JASIN AMAL KITAR SEMULA

JASIN, 24 June 2025
Seramai 200 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jasin menyertai seminar ‘Recycle For a Better Future’ di kampus berkenaan, semalam.
Seminar anjuran SWM Environment Sdn Bhd itu diadakan bagi memberi pengenalan kepada pelajar dan warga kerja institusi pengajian berkaitan kitar semula yang penting dalam menjaga kelestarian alam sekitar.
Pada program itu, wakil SWM Environment telah menyampaikan ceramah berkaitan pengasingan sisa di punca, selain turut memperkenalkan program kitar semula berganjaran.
Selain itu, turut berlangsung Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula di kampus berkenaan membabitkan dua kategori iaitu pelajar dan warga kerja.
Program dianjurkan itu merupakan kesinambungan kepada Memorandum Persefahaman di antara UiTM dan SWM Environment yang dimeterai pada Februari lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.