SWM Environment mengejutkan penduduk dengan tong sampah baharu di Taman Merdeka

MELAKA, 11 June 2025
SWM Environment mengambil inisiatif menggantikan tong sampah beroda yang lama dan rosak dengan yang baharu di kawasan perumahan Taman Merdeka membuatkan penduduk gembira menerima kejutan yang tidak dijangka.
Pada pagi Selasa lalu, SWM Environment menghantar sebuah lori untuk menghantar tong sampah baharu ke Taman Merdeka. Selepas mendengar bunyi bising di luar rumah mereka, penduduk keluar untuk mengetahui apa yang berlaku dan bertanya kepada kakitangan yang memaklumkan SWM akan menggantikan tong sampah untuk penduduk secara percuma, tidak kira sama ada ia rosak atau tidak, baru atau lama.
Kakitangan yang mesra dan berbudi Bahasa
Penduduk memaklumkan, tong sampah itu telah lama ditinggalkan di luar rumah, terdedah kepada panas dan hujan dan ada bahagian bawahnya retak dan ada yang pecah penutupnya, tetapi memandangkan kerosakan kecil sahaja, ia tidak diganti.
“Kini, pihak berkuasa telah mengambil inisiatif untuk menggantikan yang baharuuntuk kami dan menghantarnya ke depan pintu. Kami sangat gembira lebih-lebih lagi sikap kakitangan sangat baik dan mereka dengan sopan menjawab semua pertanyaan kami.”
Semasa pengedaran, kakitangan SWM mengedarkan tong sampahkepada setiap rumah satu demi satu dan melampirkan kad kecil tong sampah baharu dengan nombor siri tong sampah yang memerlukan pengguna mengimbas Kod QR pada kad atau log masuk ke tapak web untuk mengemaskini maklumat tong sampah.
Kad itu diikuti dengan arahan Bahasa Melayu, Cina dan Tamil yang berbunyi: Di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, penduduk dikehendaki meletakkan tong sampah di hadapan kediaman mereka bagi memudahkan kutipan sisa oleh kakitangan berkaitan sebelum masa kutipan sisa. Jadual kutipan sisa yang ditetapkan boleh didapati di papan kenyataan perkhidmatan kutipan sisa berhampiran.
Jika anda mahu menggantikan tong sampah, anda boleh memohonnya
Ini meruapakan program penggantian tong sampah yang dilaksanakan syarikat itu sejak tahun lalu, Objektifnya adalah untuk menggantikan tong sampah lama di seluruh negeri Melaka bagi menyelesaikan masalah kerosakan serta memudahkan pekerja mengangkut sampah.
Pelan itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan penggantian akan dilakukan di lokasi yang ditetapkan mengikut jadual. Sekiranya penduduk tong penduduk mengalami kerosakan untuk diganti, mereka boleh ke pejabat SWM Melaka untuk membuat penggantian.
Lebih 10 tahun lalu, SWM Environment mula memberikan penduduk tong sampah penutup hijau secara percuma yang merupakan asset kerajaan dan mempunyai nombor siri.
Untuk memminta tong gantian, hubungi 1-800-88-7472 atau layari laman Facebook SWM Environment atau layari bin.semsb.com suntuk maklumat lanjut.
Poo Long Suan: Terima kasih maklumkan kami untuk gantikan tong sampah yang rosak
Ketika ditemu bual, Ahli Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Poo Long Suan berkata bahawa SWM Environment kini sedang menggantikan tong sampah di kawasan perumahan di seluruh Melaka dan menganggapnya sebagai salah satu perkhidmatan yang disediakan. Tujuannya adalah untuk memastikan tong sampah yang digunakan berada dalam keadaan baik bagi mengekalkan persekitaran kebersihan yang baik, oleh itu pihak berkuasa akan menggantikan tong sampah secara berkala.
Beliau berkata perkhidmatan penggantian tong sampah meliputi kawasan perumahan dan komersial seperti kawasan rumah kedai di Malim Jaya, bermakna selagi ia berada dalam kawasan perkhidmatan syarikat, perkhidmatan gantian akan disediakan.
“Kami berterima kasih kepada SWM Environment kerana menyediakan perkhidmatan pelupusan sisa yang berkualiti. Saya menyeru kepada orang ramai untuk menjaga kebersihan tong sampah yang disediakanbagi memastikan ia dapat digunakan untuk jangka masa yang lebih lama dan menjaga keselamatan pekerja kutipan”.
Pada masa sama beliau menyeru orang ramai untuk menggantikan tong sampah mereka sekiranya mendapati tong sampah di sekeliling jiran mereka telah mengalami kerosakan seperti tiada penutup, keretakan, tiada roda dan lain-lain.