Forum Ekonomi Kitaran Tzu Chi 150 pelajar hadir

MELAKA, 26 May 2025
SWM Environment berbesar hati diberi peluang untuk berkongsi ilmu pengetahuan kepada pelajar universiti pada Forum Ekonomi Kitaran Innovate, Collaborate and Regenerate; Driving Zero WasteThrough Circular Economy anjuran Yayasan Tzu Chi Melaka.
Forum yang berlangsung di Kompleks Dewan Kuliah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Kampus Durian Tunggal menyaksikan SWM Environment diwakili Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin menyampaikan perkongsian bertajuk Ekonomi Kitaran Daripada Perspektif Pengurusan Sisa.
Menerusi perkongsian itu, kira-kira 150 pelajar universiti mendapat ilmu baharu berkaitan pengurusan sisa pepejal negara serta peranan yang boleh disumbangkan di dalam menjayakan agenda Ekonomi Kitaran pada masa hadapan.
Program dengan kerjasama UTeM dan Waste Management Association of Malaysia (WMAM) itu sebagai respon kepada International Zero Waste Day dan bekerjasama dengan rakan kongsi seperti SWM Environment, Bare Concept Store, dan FE Green PET untuk meneroka cara praktikal dalam menggerakkan Malaysia ke arah ekonomi kitaran.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tzu Chi Melaka, Loh Siew Cheng.