Kemalangan pekerja SWM tahun lepas; Kemalangan lalulintas duduki tempat pertama, sumbang 41%

...

MELAKA, 11 May 2025

Kes kemalangan jalan raya dikenal pasti sebagai penyumbang utama dalam statistik kemalangan di SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) merangkumi 41 peratus sepanjang 2024 berbanding jenis kemalangan lain.

Bagi mengawal kes kemalangan jalan raya daripada terus meningkat, SWM Environment selaku syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam mengambil inisiatif dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya membabitkan warga kerja.

Golongan pekerja perlu diberikan ilmu dan pendedahan dengan aspek keselamatan jalan raya bagi memberikan kesedaran kepada golongan ini untuk lebih berhati-hati di jalan raya.

Melihatkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita khususnya yang melibatkan penunggang motosikal masih berada pada tahap yang membimbangkan, pihak SWM Environment mengambil inisiatif penganjuran kempen keselamatan jalan raya membabitkan warga kerja.

Kempen-kempen keselamatan seperti ini penting bagi memberi ilmu dan kesedaran kepada warga kerja di pelbagai peringkat supaya lebih peka dan berhati-hati ketika berada di jalan raya sama ada sama ada semasa bertugas mahupun pergi dan balik kerja.

Penganjuran kempen keselamatan seumpama ini juga bertujuan mendidik para pekerja SWM Environment mengenai amalan menunggang dengan selamat serta inisiatif syarikat dalam usaha mengawal jumlah kemalangan jalan raya daripada meningkat setiap tahun.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Jom Tunggang Selamat Peringkat SWM Environment Melaka telah berlangsung di Dewan Seri Chendana, Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh di sini.

Pada pelancaran kempen berkenaan turut diadakan ceramah Keselamatan Jalan Raya Penunggang Motosikal yang disampaikan oleh wakil dari Ibupejabat Polis Daerah Melaka Tengah, sesi pemakaian pakaian pemantul cahaya dan pelepasan konvoi motosikal sebagai simbolik perasmian.

Hadir sama Nor Zaki Md Nor, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka, Ridwan Mohd, Pegawai Eksekutif Kanan PERKESO Negeri Melaka dan Norariffin Nordin, Pengurus Kawasan Perkhidmatan SWM Environment Melaka.