Janaan sisa pepejal di Melaka meningkat 3.54 peratus sepanjang Ramadan

MELAKA, 11 April 2025
Penjanaan sisa pepejal di TapakPelupusan Sanitari Sungai Udang di sini mencatatkan peningkatan3.54 peratus kepada 32,343.04 tan sepanjang Ramadan tahun ini,berbanding 31,199.39 tan pada tempoh sama tahun lepas.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan PembersihanAwam (SWCorp) Negeri Melaka Nor Zaki Md Nor berkata daripadajumlah itu, 16,660.34 tan sisa pepejal merupakan sisa domestik,sisa pukal (2,647.26 tan) manakala sisa pepejal komersial,
"Berdasarkan rekod penerimaan sisa pepejal di tapak pelupusantersebut, jumlah penjanaan sisa domestik meningkat kepada16,660.34 tan pada Ramadan tahun ini berbanding 15,672.97 tanpada tempoh sama tahun lepas.
"Penjanaan sisa pukal turut mencatatkan peningkatan kepada2,647.26 tan pada Ramadan tahun ini berbanding 2,424.24 tanpada Ramadan tahun lepas manakala sisa ICI menurun kepada8,325.10 tan dalam tempoh sama tahun ini berbanding 8,556.47tan tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata secara purata sebanyak 1,115.28 tan sisa pepejaldijana di tapak pelupusan berkenaan sehari pada Ramadan tahunini berbanding 1,039.98 tan dalam tempoh sama tahun lepas.
Nor Zaki berkata trend peningkatan jumlah penjanaan sisa pepejalke tapak pelupusan tersebut ekoran peningkatan janaan sisadaripada pelbagai sumber terutama penganjuran bazarRamadan.
Beliau merakamkan penghargaan kepada pengendali kutipan sisapepejal dan pembersihan awam terutama SWM Environmentkerana komited melaksanakan kutipan dan pembersihansepanjang Ramadan bagi memastikan kebersihan dan keselesaanorang ramai.