PELANCARAN FASILITI PANDU LALU KITARECYCLE & SWM KASIH SANTUN RAMADAN

...

LABIS, 26 March 2025

SWM Environment Sdn. Bhd. telah melancarkan Fasiliti Pandu Lalu Kitar Semula yang pertama di kawasan Labis, Segamat. Ahli KITARecycle hanya perlu melekatkan kod QR yang telah diberikan atau menulis nombor ahli di barangan kitar semula dan meletakkan barangan tersebut di fasiliti pandu lalu untuk menebus mata ganjaran dan ditukarkan kepada wang tunai.

Fasiliti Pandu Lalu Kitar Semula yang pertama di Labis ini telah diletakkan di Dewan Serbaguna Taman Wira untuk memupuk masyarakat setempat dalam melakukan pengasingan sisa di punca dengan betul.

Yang Berhormat Puan Haslinda, ADUN Tenang berkata di Majlis Pelancaran Fasiliti Pusat Pandu Lalu Kitar Semula, walaupun sesetengah rumah ibadah ada menyediakan tong sampah, tetapi dengan adanya fasiliti pandu lalu ini dapat memudahkan penduduk setempat untuk melakukan aktiviti kitar semula.

“Orang ramai boleh mendaftar dan menjadi ahli KITARecycle dengan memuat turun apliaksi tersebut di telefon bimbit, lekatkan kod QR atau tulis nombor ahli di barangan kitar semula anda dan kemudian tebus mata ganjaran. Mata ganjaran ini boleh ditebus pada bila-bila masa.”

Beliau percaya ini merupakan suatu benda yang baik dalam usaha memodensasikan dan pengurusan sistematik untuk mengurus sisa buangan kerana orang ramai tidak perlu lagi perlu mengumpul barang kitar semula secara kuantiti yang banyak untuk dilupuskan.

“Kadang-kadang, kita kumpul barang kitar semula tersebut hanya dapat RM2 ke RM3 setelah berpenat lelah bawa jauh-jauh dari rumah dan ia membuatkan kita hilang minat untuk meneruskan aktiviti kitar semula. Akan tetapi, dengan aplikasi ini, kita cuma perlu menghantar barang kitar semula ke fasiliti pandu lalu dan menunggu mata ganjaran untuk dikemaskini didalam aplikasi tersebut. Mata ganjaran tersebut boleh ditukar kepada wang tunai melalui transaksi dalam talian.”

“Tambahan, pihak SWM Environment akan menghantar lori kutipan untuk mengumpul barangan kitar semula ke kawasan rumah anda dan tidak perlu mengeluarkan kos tambahan.”

Haslinda berkata lagi, sejak program ini diwujudkan masyarakat sekitar Labis sangat rendah dalam melibatkan diri untuk menjadi ahli KITARecycle. Beliau berharap semua pihak memberikan kerjasama yang baik dalam melibatkan diri untuk memberi manfaat kepada diri dan masa depan.

Tambahan lagi, sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, SWM Environment turut mengagihkan bantuan barangan keperluan harian kepada keluarga yang memerlukan di Labis.

Antara yang hadir adalah Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohamad Norlisam Mohd Nordin, Wakil Rasmi Majlis Daerah Labis, Farhana Md Rduan dan Pengarah Pertubuhan Nisa’ Malaysia, Laila Farhana Awang Bakar