ATASI MASALAH BANJIR DI SKUDAI

...

JOHOR BAHRU, 03 April 2025

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor memberitahu bahawa beliau telah mempengerusikan satu mesyuarat penyelarasan bersama ketua-ketua jabatan dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan wakil dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membincangkan langkah komprehensif bagi mengatasi masalah banjir secara jangka pendek, sederhana dan panjang susulan kejadian banjir pada 4 dan 5 Mac lalu.

Jelas beliau, pihak MBIP telah mengenalpasti sembilan lokasi yang terdedah kepada risiko banjir antaranya termasuklah Batu 8 ½ Skudai, Kampung Poh Chee Leng dan Jalan Zapin 3.

“Operasi pembersihan telah dilaksanakan di kawasan terjejas termasuk membersihkan saliran longkang yang tersumbat dengan sampah sarap dan pokok.”

Menurut beliau lagi, pihak berkuasa akan melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf di kawasan berisiko tinggi banjir yang tidak memerlukan sebarang kajian.

The Star turut melaporkan bahawa Jafni menjangkakan projek tersebut akan bermula pada suku ketiga pada tahun ini dan pihak berkuasa juga bakal membina tembatan bagi menghalang limpahan air membanjiri rumah penduduk.

“Untuk penyelesaian jangka panjang, pihak berkuasa akan melaksanakan kajian pengurusan banjir termasuk membina kolam takungan banjir yang berkesan bagi mengawal lebihan air hujan.”

Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri Johor akan memastikan permasalahan saliran dan longkang serta banjir tersebut diselesaikan secara komprehensif melibatkan MBIP, agensi kerajaan dan pihak swasta.

https://johor.chinapress.com.my/20250402/%e5%ba%94%e5%af%b9%e5%a3%ab%e5%a7%91%e6%9d%a5%e5%8c%ba%e6%b0%b4%e7%81%be%e9%97%ae%e9%a2%98-%e5%b7%9e%e6%94%bf%e5%ba%9c%e5%ae%9e%e6%96%bd%e9%95%bf%e6%9c%9f%e9%98%b2%e6%b4%aa/#google_vignette