NASIHAT SWM: JANGAN HALANG LALUAN LORI KUTIPAN SAMPAH

JOHOR BAHRU, 14 March 2025
Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin menyeru penduduk supaya tidak meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan lori kutipan sampah di kawasan perumahan.
Jelas beliau, terdapat penduduk yang meletakkan kenderaan di tepi jalan dan menyebabkan kesukaran dalam operasi kutipan sampah. Tindakan sedemikian boleh menggangu operasi dan jadual kutipan sampah sekali gus menjejaskan kebersihan persekitaran.
“Penduduk diminta supaya lebih prihatin dengan tidak menghalang laluan lori kutipan sampah terutama di lorong sempit atau jalan mati,” tambahnya lagi.
Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah
Penduduk terutama di kawasan perumahan bertingkat diingatkan untuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Sampah yang bertaburan akan menyebabkan pencemaran dan menyebabkan kehadiran haiwan perosak seperti tikus dan serangga.
Pekhidmatan Kutipan +1 Sekali Seminggu
SWM Environment juga memberi fokus kepada perkhidmatan Kutipan +1 yang dilaksanakan sekali seminggu bagi memudahkan orang ramai menguruskan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula mereka.
Mohd Norlisam berkata, SWM Environment bersedia dengan kekuatan lebih 250 lori yang khusus untuk melaksanakan kutipan +1 tersebut. Penduduk diminta untuk mengasingkan sisa dengan betul dan menghubungi Talian Indahkan Malaysia di 1-800-88-7472 bagi mendapatkan maklumat lanjut.