Lebih 30 tan sisa banjir Johor telah dikutip – SWM Environment

...

JOHOR BAHRU, 23 March 2025

Syarikat pengurusan sisa pepejal, SWM Environment telah mengutip lebih 30 tan sisa pepejal ekoran banjir yang melanda enam daerah di Johor, ketika ini.

SWM Environment dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya telah melancarkan Bantuan Operasi Pembersihan Pasca Banjir setelah beberapa kawasan dinaiki air mula surut.

“Operasi pembersihan itu dijalankan dengan kerjasama penduduk setempat dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di beberapa lokasi sekitar Johor Bahru, Iskandar Puteri dan Kulai.

“Sehingga kini, lebih daripada 30,000 kilogram sisa banjir telah dibersihkan menggunakan lori Roll-On Roll-Off (RORO), lori Waterjet, lori Ultra-Whack dan jentolak (backhoe),” jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilaporkan berkata, keadaan banjir yang melanda enam daerah di negeri ini berpunca ekoran taburan hujan luar biasa yang bertembung dengan fenomena air pasang.

Menurut beliau, taburan hujan direkodkan mencecah sehingga 150 milimeter (mm), berbanding purata hanya 20 mm dengan fenomena air pasang setinggi 3 meter telah menyebabkan kejadian banjir luar jangka di beberapa kawasan. 

https://www.utusan.com.my/berita/2025/03/lebih-30-tan-sisa-banjir-johor-telah-dikutip-swm-environment/