KAUNTER PENGAMBILAN TONG SAMPAH BERODA SWM DIBUKA SEMULA

...

JOHOR BAHRU, 19 May 2020 SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) membuka semula Kaunter Pengambilan Tong Sampah Beroda (TSB) kepada orang ramai dengan mengikut garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa operasi kaunter pengambilan TSB berkenaan kini beroperasi di Depoh SWM Johor Bahru yang beralamat di Blok B, Bangunan Tan Hoe Joo, Jalan Kangkar Tebrau pada setiap hari Ahad hingga Khamis dari jam 9:00 pagi hingga 4:30 petang. Jelas beliau, pihak SWM Environment telah membuat persediaan rapi bagi membuka semula kaunter berkenaan kepada orang ramai dengan meningkatkan pengawasan merangkumi pemeriksaan suhu badan di pintu masuk, penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dan penyediaan pensanitasi tangan di kaunter perkhidmatan. Dalam pada itu, beliau menyarankan agar orang ramai yang berurusan untuk memakai pelitup muka sebagaimana yang diwajibkan ke atas kakitangan yang bertugas. Pihak SWM Environment juga mengikuti rapat arahan daripada pihak Kerajaan bagi mengemaskini SOP perkhidmatan sepanjang tempoh PKPB. Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa kaunter pengambilan TSB tersebut akan ditutup sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula pada 22 Mei sehingga 25 Mei 2020. Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 atau Talian WhatsApp SWM di 012-618 0082.

http://