SWM Environment penuhi tanggungjawab sosial; bantu persiapan pekerja miskin menjelang Hari Raya

MELAKA, 17 March 2025
SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus komited dalam usaha menyantuni golongan yang memerlukan dengan menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SWM Kasih Santun Ramadan. Program ini bertujuan berkongsi kegembiraan dan keceriaan bersama golongan sasar bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dalam majlis tersebut, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Tuan Haji Mohd Norlisam Mohd Nordin menyatakan bahawa program SWM Kasih Santun Ramadan pada tahun ini bertujuan untuk meraikan warga pekerja yang mempunyai anak yatim, anak OKU, dan mereka yang kurang berkemampuan, sebagai tanda penghargaan kepada keluarga yang menjadi tulang belakang kepada operasi syarikat di Melaka.
“Kami berbesar hati untuk menyantuni mereka dengan sumbangan persiapan Hari Raya agar mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih ceria. Inisiatif ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada mereka, tetapi juga sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada keluarga pekerja SWM Environment,” katanya.
Beliau turut berharap program ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga pekerja dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri. Program ini berlangsung di pusat membeli-belah AEON Melaka, Ayer Keroh, dengan kerjasama rakan strategik, AEON CO. (M) BHD.