6 gerai warga asing selit berniaga di bazar Ramadan, disita

JOHOR BAHRU, 14 March 2025
Enam gerai warga asing yang 'curi-curi' berniaga tanpa lesen di bazar Ramadan sekitar Johor disita dalam operasi penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) setakat semalam, sepanjang Ramadan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata tindakan itu membabitkan bazar Ramadan di kawasan Iskandar Puteri dan Batu Pahat.
Kebanyakan warga asing menyelit berniaga di bazar Ramadan dengan menjual kuih muih.
"Tujuan penguatkuasaan ini bagi melindungi peniaga sah warga tempatan. Peniaga warga asing ini selit masuk di dalam bazar Ramadan
"Warga asing ini termasuk Myanmar yang biasanya berniaga kuih-muih dan ikan pada hari biasa," katanya selepas membuat tinjauan di Bazar Ramadan Jalan Merbau, di sini, semalam.