SWCorp: Malaysia hasilkan lebih 19,000 tan sisa makanan setiap hari, kebanyakkanya masih boleh dimakan – Ts. Dr. Roslinda Ali, UTHM

MUAR, 01 March 2025
Malaysia menghasilkan lebih 19,000 tan sisa makanan setiap hari pada tahun 2024, hampir kebanyakkanya sisa makanan yang dibuang masih boleh dimakan, menurut kepada data terkini yang dicatatkan oleh SWCorp Johor.
Sisa makanan yang meningkat secara mendadak pada bulan Ramadan menjadikan satu tanda untuk kita meningkatkan kesedaran masyarakat dan mengambil langkah yang proaktif
Untuk memperbaik situasi ini, SWM Environment Sdn. Bhd. dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bersama mempromosikan dan mengimplementasikan Kempen “Elakkan Pembaziran Makanan”
Kempen ini dilancarkan sepanjang bulan Ramadan dalam usaha untuk meningkatakn kesedaran masyarakat terhadap elakkan pembaziran makanan sementara mempromosikan amalan berbelanja bikak dan berhemah dan juga pengurusan sisa makanan secara terurus.
Kempen ini turut menggalakkan masyarakat untuk berdisiplin dan berhemah dalam mengatur pemakanan harian terutamanya mengelakkan berlebihan berbelanja makanan dalam bulan Ramadan.
Dalam usaha untuk menggelakkan sisa makanan dibuang secara bersepah di bazar Ramadan, agihan Tong Sampah Beroda (TSB) bersaiz 24 liter telah diberikan dan mempromosikan dari sias makanan kepada baja organik.
Roslinda, Pensyarah kanan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Ketua kempen berkata, beliau mengharapkan melalui usaha ini, dapat diterapkan budaya yang menghargai makan dan memanfaatkan lebihan sisa makanan kepada aktiviti kelestarian dalam usaha kearah pembangunan komuniti yang mampan.
Tambahannya lagi, pengurusan sisa makanan yang baik bukan sahaja dapat mengurangkan sisa di tapak pelupusan, tetapi ia juga dapat membantu mengawal perbelanjaan harian. Kempen ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada masyarakat dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak untuk memberikan satu makna yang baik dalam bulan Ramadan kali ini.