Lebih 1.9 tan penjanaan sisa makanan dihasilkan setiap hari - Ts. Dr. Roslinda Ali, UTHM

...

MUAR, 28 February 2025

Menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh SWM Environment, secara purata, lebih 19,000 tan sisa makanan yang dihasilkan per satu hari yang telah dicatatkan pada tahun lebih, kebanyakkan makanan tersebut boleh dimakan.

Tambahan pula, menurut data sisa makanan Malaysia, jumlah sisa makanan yang dicatatkan amat membimbangkan terutamanya pada bulan Ramadan.

SWM Environment Sdn. Bhd. Telah berkolaborasi dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Majlis Perbandaran Muar (MPM) untuk mempromosikan Kempen “Elakkan Pembaziran Makanan” sepanjang bulan Ramadan yang bermula dari 1 Mac sehingga 30 Mac 2025, dalam usaha untuk mengingatkan masyarakt dan peniaga bazar untuk menghargai makanan dan elakkan pembaziran.

Roslinda, Ketua Kempen “Elakkan Pembaziran Makanan” dan Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan bersama pasukannya telah mengagihkan risalah berkenaan kempen kepada pengunjung dan peniaga bazar untuk meningkatkan kesederan terhadap penghargaan makanan dan bijak berbelanja.

Tambahannya lagi, SWM Environment Sdn. Bhd. Telah mengagihkan Tong Sampah Beroda (TSB) bersaiz 240 liter kepada peniaga untuk mengumpulkan sisa makanan.

Kempen ini juga menyeru peniaga dan masyarakat untuk melakukan kompos melalui sisa makanan yang dikumpul sepertimana usaha pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM) yang aktif dalam pembuatan baja kompos dari sisa makanan.

Beliau menyeru kepada masyarakat dan peniaga bazar Ramadan untuk memberi sokongan dan bekerjasama untuk memberikan Ramadan kali ini lebih bermakna, bukan sahaja untuk mereka teatpi demi kesejahteraan alam sekitar.