PINDAAN JADUAL PERKHIDMATAN SWM ENVIRONMENT DI JOHOR
JOHOR BAHRU, 25 December 2024
SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment), syarikat konsesi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Johor akan melaksanakaan pindaan jadual perkhidmatan bermula pada 1 Januari 2025. Perlaksanaan pindaan jadual tersebut dibuat selari dengan perubahan cuti hujung minggu yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor.
Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, pindaan jadual tersebut hanya akan melibatkan skop kerja berjadual pada hari Ahad yang dipinda kepada hari Sabtu. Perancangan pindaan tersebut dibuat dengan teliti tanpa menjejaskan perkhidmatan sedia ada bagi memastikan kebersihan di 15 kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Orang ramai boleh menyemak jadual perkhidmatan SWM Environment di kawasan perumahan mereka secara dalam talian di laman sesawang, www.swm-environment.com/public/schedule-collection. Manakala, sebarang pertanyaan lanjut pula boleh disalurkan melalui Talian Indahkan Malaysia di 1-800-88-7472 atau Talian WhatsApp SWM di 012-618 0082.
Beliau turut mengingatkan agar orang ramai untuk terus mengamalkan pengurusan sisa mampan dan berhemah dengan memanfaatkan jadual kutipan 2+1 yang menyediakan perkhidmatan kutipan sisa domestik (sisa makanan, sisa baki dan sisa dapur) sebanyak dua kali seminggu. Manakala kutipan bagi sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula adalah sebanyak satu kali seminggu.