PERANAN PEKERJA PEMBERSIHAN DIRAIKAN

...

JOHOR BAHRU, 17 May 2020 Bagi menghargai peranan pekerja pembersihan di barisan hadapan, tiga putera Sultan Johor bersama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor telah menyumbangkan keperluan harian sebagai tanda terima kasih. Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman, mewakili Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar dan yayasan tersebut berkenan menyampaikan sumbangan berkenaan kepada pekerja pembersihan dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) bertempat di Istana Pasir Pelangi, Sebanyak 2,000 bungkusan sumbangan telah disampaikan kepada Datuk Bandar MBJB, Dato’ Adib Azhari Daud dan Pengarah Eksekutif SWM Environment, Dr. Uzir Abdul Malik yang akan diagihkan kepada pekerja pembersihan. Tunku Panglima Johor dalam bertitah bahawa pekerja pembersihan memainkan peranan penting dalam memastikan kebersihan persekitaran terutama semasa penularan pandemik COVID-19. Tambah baginda, majikan perlu memastikan kebersihan dan keselamatan para pekerja pembersihan terjamin. Turut hadir semasa penyerahan sumbangan berkenaan adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani.

http://