Ambil tindakan Mengindahkan Komuniti. Chew Seh Yeong: Penglibatan Aktif Dalam Pembersihan.

...

SEREMBAN, 19 November 2024

Exco Seremban, Chew Seh Yeong, baru-baru ini telah melaksanakan program pembersihan bersama penduduk di Taman Bukit Delima untuk meningkatkan kesedaran sivik dan mengurangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk. Namun begitu, kadar penglibatan penduduk sangat rendah dalam program pembersihan. Oleh itu, beliau memanggil semua orang untuk bergerak dan bekerjasama untuk mengekalkan kebersihan kawasan.

Ketika ditanya oleh Akhbar Komuniti Seremban, beliau menyatakan bahawa pusat khidmat akan mengambil inisiatif untuk berbincang bersama penduduk di beberapa taman perumahan atau persatuan penduduk di dalam kawasan beliau untuk mengadakan program pembersihan. Pada tahun ini, terdapat satu atau dua program pembersihan dalam sebulan untuk membersihkan dahan pokok, daun-daun kering dan longkang tersumbat. Dalam masa yang sama ianya dapat mengurangkan kejadian penyakit demam denggi dan diharapkan dapat meningkatkan kesedaran penduduk untuk berhati-hati menguruskan sampah pada masa akan datang.

Cuaca Tidak Menentu Boleh Menyebabkan Nyamuk Membiak

Beliau mengakui bahawa pusat khidmat boleh menjalankan kerja pembersihan dalam dua fasa dan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Seremban, SWCorp Negeri Sembilan dan SWM Environment untuk mengaturkan lori sampah, jentera pembersihan longkang, pemotongan pokok dan sebagainya bagi membantu dan meningkatkan semangat bekerjasama dikalangan jabatan-jabatan yang berkaitan. Namun begitu, usaha ini perlu dilaksanakan secara berterusan bagi mendapatkan hasilnya.

Beliau memberitahu bahwa cuaca sekarang berubah dan tidak dapat dijangka. Cuaca yang panas diikuti dengan hujan lebat dalam satu hari sudah menjadi biasa. 

Musim ini terdedah keapda pembiakan nyamuk, oleh itu kebersihan persekitaran memerlukan perhatian untuk mengelakkan penyebaran demam denggi. Tujuan utama program pembersihan ialah untuk membersihkan daun-daun kering dan dahan yang menyekat longkang dan air bertakung, dimana akan menjadi sarang pembiakan nyamuk.

Kami berharap agar ianya dapat meningkatkan kesedaran orang ramai dan mereka dapat menjaga kebersihan di dalam dan di luar kawasan rumah secara sukarela. Walaupun SWM sentiasa membersihkan daun-daun keriung dan dahan pokok di taman perumahan, ada sampah yang berskala besar masih memerlukan bantuan daripada penduduk.

Penduduk Digesa Untuk Memberikan Sumbangan Dan Bukan Hanya Membuat Aduan.

Chew Seh Yeong mengakui, walaupun program pembersihan sentiasa dilaksanakan dan dilakukan secara proaktif, biasanya tidak ramai penduduk yang menyertainya. Hanya 12 ke 20 orang yang menyertai program tersebut. Sekiranya dijadual pada hari bias am penduduk tidak dapat hadir kerana jadual kerja. Jika dilaksanakan pada hujung minggu, penduduk tidak dapat menyertainya atas alasan masih berehat.

Beliau memberitahu bahawa penduduk yang membuat aduan berkenaan longkang yang tersumbat, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab mereka terlebih dahulu dan memahami punca kepada masalah yang berlaku. Ini kerana dikebanyakkan program pembersihan yang dilaksanakan, beliau mendapati longkang yang tersumbat bukan sahaja disebabkan oleh daun kering dan dahan pokok yang tumbang, tetapi juga sampah seperti beg plastik. Ada longkang yang terhalang dan menyebabkan banner kilat. Selain kedaan longkang yang sempit, ia juga disebabkan masalah sampah.

Beliau juga menambah baru-baru ini Lobak menghadapi wabak denggi di kawasan perumahan flat. Selain mengadakan program pembersihan, penduduk perlu memberi maklum balas kepada Jabatan Kesihatan dengan memperuntukkan masa 10 minit setiap minggu memeriksa takungan air di kawasan rumah bagi mengurangkan masalah. Lebih-lebih lagi pembiakan nyamuk seringkali berlaku di dalam kawasan rumah lebih banyak daripada longkang di luar, oleh itu penduduk perlu memberikan perhatian yang lebih atau penduduk di kawasan kejiranan akan terkesan.

Beliau juga mendedahkan bahawa sekiranya persatuan penduduk sanggup untuk memberikan kerjasama menganjurkan aktiviti pembersihan, mereka akan menerima elaun sebanyak RM300 daripada majlis bandaraya dan dapat mengadakan aktiviti yang lebih cekap sekiranya lebih ramai penduduk berkerjasama.

Dalam masa yang sama, beliau juga memberitahu bahawa pusat khidmat akan mengadakan sapuan jalan dan kutipan sampah serta mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai aktiviti pembersihan bagi mewujudkan komuniti bersih dan memupuk kepentingan kesedaran sivik.