180 ORANG SERTAI PROGRAM LESTARI JUNIOR

...

JOHOR BAHRU, 24 October 2024

SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) melalui jalinan kerjasama dengan rakan strategik Sudut Lestari, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah mengadakan program Lestari Junior yang menarik penyertaan 180 orang kanak-kanak dan ibu bapa. 

Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, program yang memasuki tahun kedua penganjuran diadakan khusus untuk memberi pendedahan dan mendidik kanak-kanak melalui aktiviti bersama ibu bapa tentang kelestarian alam sekitar menerusi amalan pengurusan sisa secara mampan di rumah dan kebersihan persekitaran. 

Beliau berkata program tersebut menampilkan tiga bengkel kelestarian berkaitan pengurusan sisa di rumah antaranya seperti bengkel upcycle botol plastik menggunakan botol plastik yang dibawa oleh setiap seperti kepada bentuk produk baharu seperti alas cawan dan bangku modular. 

Beliau berkata penganjur bersama turut menganjurkan tiga bengkel mengitar semula sisa pepejal isi rumah. Antaranya, bengkel botol plastik kitar semula memerlukan peserta menukar botol plastik kepada produk baharu, seperti coaster, bangku modular atau pemegang telefon bimbit. Dua lagi bengkel yang turut diadakan adalah bengkel kompos sisa makanan dan bengkel kertas sisa nanas.

Tambah beliau lagi, satu aktiviti khusus turut diadakan sempena Lestari Junior pada kali ini dengan meraikan sambutan Hari Sungai Sedunia melalui bengkel mudball yang mengajar peserta tentang kebersihan sungai dan usaha pemeliharaan sungai. Para peserta bersama ibu bapa telah berjaya menyediakan sebanyak 350 biji bebola lumpur yang akan dilepaskan dalam satu lagi acara pada bulan November nanti bertempat di sungai sekitar Johor Bahru. 

Sementara itu, Norfarhana Mohd Salleh, seorang ibu yang menyertai program tersebut bersama lima orang anaknya berkata, mereka sekeluarga sangat teruja dan telah membuat persediaan melalui pengumpulan barang kitar semula bagi memenuhi syarat penyertaan sejak dua minggu lalu. 

Bagi seorang lagi ibu, Lee Poh Yin yang pernah menyertai program tersebut bersama anaknya pada tahun lepas, acara pada tahun ini memberi pengetahuan dan pengalaman baharu tentang kesan amalan kitar semula melalui penghasilan produk-produk baharu. 

Sudut Lestari dan Zon Sisa Mampan mengalu-alukan penglibatan melalui jalinan kerjasama dengan rakan industri dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dalam mendidik dan menerapkan gaya hidup rendah karbon bagi mencapai sasaran pihak Kerajaan untuk menjayakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.