SWM MEMPERKUKUH PENCEGAHAN PENULARAN WABAK. PPE DISUMBANGKAN KEPADA 8 KONTRAKTOR KUTIPAN SISA PEPEJAL.

...

SEREMBAN, 06 May 2020 SWM telah menyumbangkan peralatan pencegahan diri (PPE) seperti sarung tangan dan penutup hidung dan mulut kepada 8 syarikat kontraktor yang mengendalikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Negeri Sembilan bagi mengelakkan penularan wabak. Ho De Leong, Ketua Pegawai Eksekutif, SWM Environment menyatakan peralatan pencegahan wabak telah diedarkan kepada kontraktor di negeri ini agar 198 pekerja yang membuat kutipan sisa pepejal boleh mencegah daripada terkena jangkitan wabak ketika bertugas. Beliau memberitahu bahawa SWM amat memandang berat akan penularan wabak dan berusaha untuk mengurangkan risiko pekerja dan kontraktor. Oleh itu dengan menyediakan peralatan pencegahan diri dapat memperkukuhkan kawalan penularan wabak. Beliau juga turut meminta orang ramai untuk memberikan kerjasama dengan memasukkan sampah ke dalam beg plastik sebelum membuangnya ke dalam tong sampah dan hendaklah memastikan beg plastik sampah diikat dengan kemas bagi mengekalkan kebersihan.

http://