SWM MEMBEKALKAN PPE KEPADA 9 SYARIKAT KONTRAKTOR PEMBERSIHAN

...

, 07 May 2020 SWM Environment memberi sumbangan PPE kepada 9 syarikat kontraktor di bawah seliaan syarikat itu. Ketua Pegawai Eksekutif SWM, En Ho De Leong berkata, sumbangan berbentuk PPE adalah untuk membolehkan 127 pekerja dapat mematuhi keselamatan dan menghindari wabak COVID19. Beliau berkata, SWM memandang berat penularan wabak COVID19 dan menyediakan PPE kepada semua pekerja terutama mereka yang berada di barisan hadapan iaitu pekerja pembersihan untuk mengelakkan terkena wabak ini. En Ho berharap semua pekerja mematuhi peraturan dan menjaga kebersihan diri dengan menggunakan PPE yang disediakan untuk menyahut seruan kerajaan membanteras penularan wabak COVID19. Beliau juga menyeru masyarakat memberi kerjasama bagi memelihara persekitaran yang bersih serta menguruskan sampah dengan baik dengan mengikat plastik sampah dan diletakkan di dalam tong sampah. Beliau menegaskan bahawa dengan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, rakyat dan kerajaan akan berjaya membanteras penularan wabak ini.SWM Environment memberi sumbangan PPE kepada 9 syarikat kontraktor di bawah seliaan syarikat itu. Ketua Pegawai Eksekutif SWM, En Ho De Leong berkata, sumbangan berbentuk PPE adalah untuk membolehkan 127 pekerja dapat mematuhi keselamatan dan menghindari wabak COVID19. Beliau berkata, SWM memandang berat penularan wabak COVID19 dan menyediakan PPE kepada semua pekerja terutama mereka yang berada di barisan hadapan iaitu pekerja pembersihan untuk mengelakkan terkena wabak ini. En Ho berharap semua pekerja mematuhi peraturan dan menjaga kebersihan diri dengan menggunakan PPE yang disediakan untuk menyahut seruan kerajaan membanteras penularan wabak COVID19. Beliau juga menyeru masyarakat memberi kerjasama bagi memelihara persekitaran yang bersih serta menguruskan sampah dengan baik dengan mengikat plastik sampah dan diletakkan di dalam tong sampah. Beliau menegaskan bahawa dengan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, rakyat dan kerajaan akan berjaya membanteras penularan wabak ini.

http://