PUSAT KITAR SEMULA DIGITAL BERGANJARAN PPR KEMPAS PERMAI

...

JOHOR BAHRU, 07 September 2024

SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk memperluaskan penggunaan sistem kitar semula digital berganjaran di Pusat Kitar Semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri Johor. 

Pengurus Besar Korporat, SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, PPR Kempas Permai telah dipilih menjadi Pusat Kitar Semula pertama menggunakan sistem digital tersebut yang menawarkan ciri dan fungsi seperti pelaporan data aktiviti kitar semula, tawaran mata ganjaran dan penebusan kepada wang tunai secara dalam talian.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pusat Kitar Semula PPR Kempas Permai yang telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dengan turut disertai oleh Pengarah SWCorp Negeri Johor, Zainal Fitri Ahmad. 

Jelas beliau, SWM Environment menerusi KITARecycle telah merekodkan seramai 41,000 akaun berdaftar daripada kalangan individu dan organisasi di negeri Johor serta berjaya mengumpulkan sebanyak 1,801 metrik tan barangan kitar semula sekali gus mengurangkan sehingga 5,150,860 kilogram pelepasn karbon dioksida (CO2kg).