30 TONG SAMPAH BERODA BERMURAL HIASAN HAIWAN

...

JOHOR BAHRU, 29 August 2024

Sempena pembukaan semula Zoo Johor pada 31 Ogos nanti, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah mengambil inisiatif menyedia dan menyumbangkan sebanyak 30 unit tong sampah beroda dengan mesej kesedaran tentang kebersihan persekitaran dan dihiasi mural haiwan. 

Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, SWM Environment amat teruja dengan pembukaan semula zoo tersebut dan berbesar hati menjalinkan kerjasama dengan Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bagi menyediakan tong sampah beroda untuk kegunaan dan dimanfaatkan oleh pengunjung. 

Jelas beliau, inisiatif di bawah Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) turut memberi peluang kepada SWM Environment mendidik pengunjung untuk bersama-sama memelihara kebersihan zoo dan memanfaatkan kemudahan tong sampah beroda yang disediakan.  

SWM Environment dengan kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor menyediakan kemudahan tong sampah beroda tersebut bagi kegunaan dan untuk dimanfaatkan oleh pengunjung Zoo Johor.