SWM ENVIRONMENT SUMBANG 30 TONG SAMPAH KEPADA ZOO
JOHOR BAHRU, 28 August 2024
SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah tampil menyumbangkan sebanyak 30 unit tong sampah beroda (TSB) kepada pihak Zoo Johor bagi tujuan kemudahan pengunjung dan kebersihan persekitaran.
Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, SWM Environment bekerjasama dengan Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bagi menjayakan pembukaan semula Zoo Johor pada 31 Ogos nanti melalui sumbangan tong sampah beroda tersebut.
“Pihak SWM Environment juga tampil dengan rekaan hiasan pendidikan dan kesedaran awam tentang Kempen Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah.”