Pembersihan Pantai Bagan Pinang

...

PORT DICKSON, 27 August 2024

Kerja pembersihan pantai telah dilakssanakan oleh Universiti Sains Islam Malaysia yang menyertai program International Coastal Clean-up anjuran Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapura-Brunei di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson. Seramai 100 orang peserta dari USIM diketuai oleh Prof Dr Azman bin Ab Rahman, Pengarah, Institut Fatwa dan Halal (IFFAH).

Hasil daripada aktiviti pembersihan pantai, para peserta turut melaksanakan audit sisa. Para peserta telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1668 puntung rokok, 360 plastik foam, 138 sisa lain (logam, kertas), 124 sisa plastik lain-lain, 109 botol plastik dan 105 tali pengikat dalam masa kurang daripada satu jam.

Turut sama hadir ialah Encik Khairul Anwar Ab Gahani, Pengarah Bahagian Perhubungan Awam, Komunikasi & Kelestarian, Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapura-Brunei, Puan Nurul Liza binti Mohd Najib, Pengurus Komunikasi Korporat SWM Environment Negeri Sembilan & Melaka dan Dr Setiyawan Gunardi, Ketua Program (Sarjana Muda Syariah dan Industri Halal), Universiti Sains Islam Malaysia.