Kebun sains pelajar tanam padi

...

JOHOR, 10 July 2024

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perling 2 mencipta sejarah apabila berjaya menanam padi huma dalam perkarangan sekolah.

Walaupun hanya terdapat tiga petak padi yang disediakan, namun penghasilannya amat baik kerana menggunakan baja kompos yang dihasilkan sendiri daripada sisa makanan.

Guru Besar SK Seri Perling 2, Haliza Jufri berkata, projek tanaman padi yang diusahakan pada tahun 2021 itu dapat menarik minat murid-murid sekolah ini untuk belajar cara-cara tanaman padi.

“Projek tanaman padi yang diusahakan oleh guru-guru berjaya menarik minat murid-murid sekolah terutama murid tahap 1, 2 dan tiga. “Dengan adanya projek tanaman padi ini, murid-murid dapat didedahkan dengan aktiviti perkebunan yang sihat di samping mempelajari benda baharu,” katanya kepada Utusan Pelajar.

Menurut beliau SK Seri Perling 2 juga berjaya memupuk semangat cintakan alam sekitar rendah karbon terhadap murid-murid dengan membuat aktiviti perkebunan di sekolah. Murid-murid dari tahap satu hingga tiga dididik untuk melaksanakan program alam sekitar bermula daripada sisa makanan di kantin dan daun kering hingga menjadi baja kompos. Haliza berkata, aktiviti alam sekitar itu mula dilaksanakan pada tahun 2021 bermula dengan aktiviti perkebunan yang diberi nama P2 Paradise.

“Murid-murid yang terlibat bermula dari tahap satu, dua dan tiga diajar untuk membuat baja kompos daripada sisa makanan dan daun-daun kering.

“Setelah berjaya menghasilkan baja kompos, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk membuka kebun sayur-sayuran di kawasan sekolah yang terbiar,’’ katanya.

Menurutnya, hasil kerjasama para guru yang diketuai ketua projek Masayu Muhamad dan ibu- bapa, projek tanaman sayuran dan penghasilan baja kompos berjaya terutama tanaman padi huma sehingga membuahkan hasil.

Tanaman seperti padi huma, kangkung, kunyit, lengkuas, tomato, serai dan sawi hidup subur dengan menggunakan baja kompos yang dihasilkan sendiri oleh murid-murid.

Di samping itu, kawasan sekolah juga ditanam dengan pokok-pokok herba, sayuran dan membela ikan tilapia merah.

Menurut Haliza, kejayaan SK Perling 2 menjayakan program ini mendapat pengiktirafan dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama rakan strategik Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) iaitu Pihak Berkuasa Wilayah;

AHMAD Imran Ridzil Nawal menggantung pokok penghalau nyamuk di tingkap bilik darjah di SK Seri Perling 2, Johor Bahru . 

Pembangunan Iskandar (IRDA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan SWM Environment.

“Geran sebanyak RM12,000 diberikan kepada pihak sekolah untuk menjayakan projek pengkomposan sisa makanan dalam bidang keutamaan pengurusan sisa mampan,’’ jelasnya

Tambahnya, minat murid-murid terhadap aktiviti ini berjaya melonjak prestasi pelajaran mereka.

Murid-murid yang telah diberikan pendedahan pengkomposan mula bergerak sendiri bagi mengumpul, menimbang dan memproses sisa makanan sebagai rutin mingguan mereka.

https://www.utusan.com.my/nasional/2024/07/kebun-sains-pelajar-tanam-padi/