Aplikasi KITARecycle rekodkan 50,000 akaun ahli berdaftar

...

AYER KEROH, 19 June 2024

Kewujudan aplikasi KITARecycle yang dianjurkan oleh SWM Environment telah merekodkan sebanyak 50,000 akaun ahli berdaftar sejak dilancarkan pada tahun 2018.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Norlisam Mohd Nordin berkata, terdapat juga peningkatan sebanyak 10 peratus penyertaan keahlian baharu dalam capaian bulanan aplikasi berkenaan.

Tambah beliau, pelbagai program kesedaran akan dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan ahli dalam aplikasi itu membabitkan murid dan pelajar sekolah termasuk Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan komuniti masyarakat.

"Kita sasarkan sebanyak 100,000 kilogram barangan kitar semula yang dapat dikumpulkan oleh 60 buah sekolah dalam tempoh empat bulan.

"Kita yakin mereka dapat melebihi sasaran tersebut, dan disebabkan itu kita ada tawarkan hadiah bulanan sebagai rangsangan untuk mereka terus meningkatkan kutipan bulan ke bulan sehingga penghujung bulan keempat,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Pelancaran Pertandingan Great KITARecycle Challenge 2024 di Ayer Keroh.

Ujarnya menerusi aplikasi berkenaan, pengguna akan menerima mata ganjaran hasil daripada bahan buangan dan sisa pepejal yang diuruskan.

https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/aplikasi-kitarecycle-rekodkan-50-000-akaun-ahli-berdaftar