Pusat Pandu Lalu Kitar Semula Disediakan Di Kawasan Perumahan Iringan Bayu Menerima Maklum Balas Baik.

...

SEREMBAN, 11 May 2024

SWM Environment bekerjasama dengan OSK Property dalam menyediakan Pusat Pandu Lalu KITARecycle pertama di kawasan perumahan Iringan Bayu. Semasa tempoh penyediaannya, ianya telah menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan daripada penduduk setempat dan telah berjaya mengumpul sebanyak hampir 3 tan barangan kitar semula.

Mengikut pemahamanm pusat pandu lalu ini terdapat di dua buah kawasan dan Iringan Bayu adalah kawasan perumahan pertama yang mempunyai Pusat Pandu Lalu KITARecycle seperti di Wisma MBS.  Orang ramai boleh memuat turun aplikasi KITARecycle dan mengumpul mata ganjaran untuk ditukarkan kepada tunai.

Hadir ke Majlis Perasmian Pusat Pandu Lalu KITARecycle hari ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, YB Arul Kumar menyatakan bahawa beliau kini focus mempromosikan projek ini dan menggalakkan mana-mana organisasi atau institusi memudahkan penduduk untuk melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca serta meningkatkan kesedaran awam.

Jika kita mahu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan alam sekitar, kita perlu menyediakan kemudahan (pusat pandu lalu). Jika tidak, bagaimana kita mahu orang ramai melibatkan diri dalam kitar semula? Sudah pastina mereka tidak akan melakukannya.

Beliau menekankan bahawa mengitar semula barangan bukan hanya dibawah tanggungjawab SWM Environment, SWCorp atau agensi lain. Sekiranya kita mendapat bantuan daripada semua pihak, saya percaya kita oleh mendapat hasilnya dengan sebahagian usaha.

Beliau menambah bahawa dalam mempromosikan inisiatif hijau, adalah perlu untuk menganjurkan lebih banyak kempen kesedaran dan bantuan daripada syarikat-syarikat besar atau kecil untuk membawanya bersama-sama.

Program KITARecycle telah berjaya mempunyai sejumlah 10,730 orang ahli di Negeri Sembilan daripada 2018 hingga Mac 2024 dan mengumpul sejulan 1,083,972 kilogram barangan kitar semula. Pada tahun lalu data kutipan ialah 459,600 kilogram barangan kitar semula telah dikutip.

Beliau memberitahu bahawa pada tahun ini 172,905 kilogram barangan kitar semula dikutip dalam tempoh tiga bulan dan beliau percaya bahawa rekod 1,083,972 kilogram dapat dilepasi dalam tahun ini.

Dalam masa yang sama, Arul Kumar memberitahu bahwa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan geran RM50,0000 ke RM100,000 pada tahun lalu untuk memperkukuhkan aktiviti ekonomi komuniti termasuklah Negeri. Jadi bagi setiap Pembangunan Luar Bandar dan Pertubuhan Jawatankuasa Keselamatan Penduduk akan dibantu untuk memohon geran tersebut.

Rangka yang disebut melibatkan 5 perkara iaitu termasuklah kitar semula, oleh itu banyak kawasan luar bandar dan Jawatankuasa Keselamatan Penduduk berminat untuk turut sama terlibat. Selebihnya ialah pertanian, makanan, pelancongan dan sebagainya iaitu bermakna unit berkaitan boleh memohon bergantung kepada situasi dengan memilih dua orang miskin untuk menyertai dan menerima bantuan secara tidak langsung.

Beliau menjelaskan bahawa kerjasama diantara SWM Environment dan OSK Property dalam menyediakan Pusat Pandu Lalu KITARecycle berada dalam lokasi yang strategik bukan sahaja penting tetapi menjadi asas kepada pembangunan lestari di Negeri Sembilan. Beliau berharap agar Pusat Pandu Lalu KITARecycle boleh diperluaskan lagi di lokasi lain.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam memberitahu bahawa syarikat telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan OSK Property pada tahun lalu bagi membina Pusat Pandu Lalu KITARecycle dan membudayakan pengasingan sisa pepejal di punca dikalangan penduduk.

Beliau memberitahu selepas 3 bulan perlaksanaan program KITARecycle, penduduk setempat telah berjaya mengitar semula hampir 3 tan barangan kitar semula, selepas majlis perasmian, pihak syarikat mensasarkan peningkatan sebanyak 130% dan mencapai 50 tan barangan kitar semula menjelang akhir tahun ini.

Program KITARecycle telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 1,000 tan atau 1 juta kilogram barangan kitar semula. Sehingga April, kita telah mempunyai seramai 10,730 orang ahli aktif menggunakan aplikasi KITARecycle.

Ong Ghee Bin, Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property Holdings Berhad memberitahu bahawa pelan ini bukan hanya mengumpulkan barangan kitar semula tetapi ini ialah cara mempromosikan kitar semula barangan kepada orang ramai.

Beliau memberitahu bahawa pihaknya komited dalam mempromosikan aktiviti yang seakan sama untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan menganjurkan pelbagai jenis bengkel serta kempen kesedaran.

Beliau menjelaskan bahawa orang ramai boleh mengumpul mata ganjaran dan menggunakan mata ganjaran itu untuk ditukarkan kepada tunai dan menggalakkan orang ramai menjaga alam sekitar.

https://sembilan.sinchew.com.my/news/20240512/sembilan/5601075