Hasil Rancangan Promosi KITARecycle Selama 6 Tahun Berjaya Rekod 1 Juta Kilogram Barangan Kitar Semula.

...

SEREMBAN, 01 May 2024

Dalam hanya lebih 5 tahun, SWM Environment Sdn. Bhd. berjaya mengumpulkan 1 juta kilogram barangan kitar semula di Negeri Sembilan, dan bilangan ahli yang berdaftar terhadap "sampah menjadi emas" mencapai 17,300.

Mohd Norlisam, Pengurus Besar SWM Environment, mendedahkan bahawa program kitar semula (KITARecycle) di Negeri Sembilan, yang bermula pada bulan September 2018, telah berjaya mengumpulkan 1 juta kilogram barang kitar semula sehingga Mac tahun ini.

Beliau menekankan bahawa perkara yang paling menggembirakan adalah Pusat Pandu Lalu KITARecycle di pintu masuk Majlis Bandaraya Seremban. Sejak dilaksanakan pada Disember 2022, sejumlah 120,000 kilogram barangan kitar semula telah dikumpulkan.

"Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Seremban atas sokongan penuh dalam rancangan ini, agar SWM dapat mencapai sasaran 1 juta kilogram barangan kitar semula dalam jangka waktu yang singkat.”

Mohd Norlisam berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Pusat Pandu Lalu KITARecycle Majlis Bandaraya Seremban pagi ini.

Beliau berkata bahawa kejayaan pengumpulan barangan kitar semula menerusi program KITARecycle adalah satu penanda aras kejayaan kepada program kitar semula yang dilaksanakan secara bersasar dengan memfokuskan kumpulan-kumpulan persatuan penduduk daripada komuniti setempat, agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi swasta, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

Beliau memberi contoh pihak pemaju yang membangunkan kawasan-kawasan hartanah di Negeri Sembilan dengan mendirikan pusat sehenti pengumpulan barangan kitar semula KITARecycle di kawasan hartanah masing-masing seperti IJM Land Bhd mendirikan Rumah KITARecycle di 15 buah taman perumahan dan OSK Property Holdings Bhd mendirikan Pusat Pandu Lalu KITARecycle di kawasan hartanah Iringan Bayu.

"Selain Pemaju, syarikat swasta seperti Coca-Cola Bottlers (M) Sdn Bhd juga turut sama menyediakan empat (4) buah Pusat Pandu Lalu KITARecycle di perumahan Enstek dan Kota Seriemas bagi memudahkan penduduk di kawasan tersebut melaksanakan kitar semula melalui program KITARecycle SWM Environment.”

Beliau juga mendedahkan bahawa ahli KITARecycle juga semakin meningkat dan kini telah mencecah 10,730 orang di Negeri Sembilan.  

Beliau berkata sejak 2018, antara barangan kitar semula yang dikumpul oleh SWM, yang mencatatkan rekod tertinggi ialah plastik 245,463, kertas 224,449.8 kilogram kilogram, logam 68,429.57 dan barangan elektrik dan elektronik 28,237.12 kilogram sejak 2018.

Beliau memberitahu kemudahan aplikasi yang mudah diakses dan mesra pengguna juga menjadi pilihan orang ramai memulakan aktiviti kitar semula dengan lebih giat lagi. Tatacara yang mudah dengan hanya mengasingkan barangan kitar semula, membungkus bungkusan barangan kitar semula, melekatkan atau menulis nombor kod QR dan menghantar barangan tersebut ke Pusat Pandu Lalu KITARecycle atau kemudahan sangkar KITARecycle di beberapa lokasi strategik bagi membolehkan pengumpulan mata ganjaran kitar semula (RP) dan RP tersebut boleh ditebus tunai menerusi aplikasi KITARecycle. 
 
Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri, orang ramai boleh menghubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 atau WhatsApp di 012-6180082 atau layari laman web swm-environment.com.

Turut hadir ke sidang media itu termasuk Mohd Shahidan, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan dan Kebersihan, Majlis Bandaraya Seremban, dan Nurul Liza, Pengurus Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Kerajaan SWM Negeri Sembilan dan Melaka.