SWM Environment Bantu Kerja Pembersihan Di Kawasan Terjejas Banjir.

...

SEREMBAN, 20 April 2024

Disebabkan oleh hujan lebat di Seremban 3 hari lalu, banyak kawasan telah terjejas dengan banjir dan banyak rumah terlibat. Pengurus Besar Korporat, SWM Environment, Mohd Norlisam memberitahu bahawa SWM Environment telah menghantar 51 orang pekerja pembersihan bagi membantu penduduk membersihkan sisa banjir.

Tambah beliau lagi, pihak syarikat turut menghantar kenderaan dan jentera pembersihan seperti lori terbuka 16 tan. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak syarikat berusaha untuk membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan sisa banjir agar mereka dengan segera dan berterima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama membantu dalam kerja pembersihan banjir di kawasan yang terjejas.

Bagi orang ramai yang terjejas dengan banjir dan memerlukan bantuan kerja pembersiha boleh menghubungi talian Indahkan Malaysia di 1-800-88-7472 atau WhatsApp di 012-6180082.