SWM SENTIASA BERSEDIA
, 01 May 2020 SWM Environment Sdn Bhd (SWM) sentiasa bersedia menjalankan kutipan sampah berjadual seperti biasa biarpun banyak premis perniagaan akan beroperasi bermula Isnin ini. Pengarah SWCorp Negeri Johor Cairul Hisham Jalaluddin berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak fasa satu, perkhidmatan kutipan dan pembersihan awam dijalankan SWM terus berjalan. “Tiada penangguhan jadual bagi pembersihan awam. “Jadi jadual memang dilaksanakan seperti sediakala sejak PKP fasa satu. Walaupun ada penambahan operasi premis, kutipan akan terus dijalankan seperti biasa,†katanya dihubungi. Menurut beliau, hanya jumlah pekerja di bahagian pentadbiran yang bekerja di pejabat dikurangkan namun jumlah petugas di lapangan masih seperti biasa. “Selagi tidak mengganggu operasi harian syarikat, pekerja yang bekerja dari rumah akan terus bekerja menerusi kaedah itu,†katanya.