KUTIPAN SISA PEPEJAL 15 PBT DIAWALKAN SEHARI

...

JOHOR, 01 April 2024

Menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) tampil dengan strategi mengawalkan
jadual perkhidmatan kutipan sisa pepejal di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor.

Menerusi strategi berkenaan, jadual perkhidmatan berlaku sehari awal berbanding semasa bermula 6 hingga 9 April bagi memenuhi keperluan umat Islam di seluruh negeri ini, membuat persediaan menjelang sambutan hari raya yang dijangka disambut pada 10 April nanti.

Seramai 4,500 anggota bersama 580 kenderaan berjentera akan bertugas sepanjang tempoh anjakan jadual berkenaan dalam usaha mengawal limpahan sampah menjelang Aidilfitri selain strategi dibuat untuk memberi peluang kepada majoriti warga SWM Environment beragama Islam meraikan hari raya bersama keluarga.

Di samping itu, SWM Environment juga akan memberi tumpuan khas di 175 lokasi berkepadatan umat Islam yang ramai pada 1 Syawal dengan melibatkan sekitar 20 peratus daripada keseluruhan anggotanya bakal bertugas sempena hari cuti umum tersebut.

Kerjasama penduduk di kawasan perumahan untuk tidak meletakkan sebarang halangan seperti kenderaan di sepanjang laluan atau berhampiran tong sampah amat diharapkan bagi memastikan kelancaran operasi kutpan sisa pepejal sepanjang tempoh anjakan jadual berkenaan.

SWM Environment turut meminta penduduk untuk memanfaat perkhidmatan Kutipan +1 bagi menguruskan sisa pukal seperti perabot, sisa kebun dan kitar semula dengan menempatkan sisa-sisa berkenaan di tepi tong sampah beroda atau di rumah sampah berpusat berdasarkan jadual ditetapkan.

https://mediadigitaljohor.gov.my/kutipan-sisa-pepejal-15-pbt-diawalkan-sehari/