YSIJ HARAP LEBIH BANYAK SYARIKAT KORPORAT TAMPIL BERI SUMBANGAN

...

JOHOR BAHRU, 22 March 2024

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) mengalu-alukan lebih banyak syarikat korporat tampil memberikan sumbangan bagi menyokong usaha yayasan membantu golongan memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Anizam Jamian berkata YSIJ sentiasa berperanan aktif membantu golongan memerlukan.

"YSIJ seiring dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (yang) sentiasa berperanan aktif membantu rakyat tanpa mengira agama dan bangsa," katanya dalam satu hantaran dimuat naik menerusi akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Dalam hantaran itu, Mohd Anizam mewakili YSIJ menerima sumbangan RM100,000 daripada SWM Environment Sdn Bhd yang disampaikan Pengurus Besar Korporatnya Mohd Norlisam Mohd Nordin di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Tinggi semalam (21 Mac).

Mewakili YSIJ, Mohd Anizam melahirkan penghargaan terhadap sumbangan berkenaan.

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2281697