Rujuk jadual kutipan dan kami akan melaksanakan kutipan.

...

SEREMBAN, 16 March 2024

SWM Environment yang menguruskan operasi kutipan telah memaklumkan bersedia untuk mengambil sisa pukal bagi penduduk yang mahu membuang sisa tersebut. 

Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Bin Mohd Nordin memberitahu bahawa pekerja akan mengambil barangan yang tidak digunakan oleh penduduk seperti tilam lama, perabot lama, barangan elektrik dengan hanya meletakkan sisa pukal tersebut di tepi tong sampah beroda di hadapan rumah.

Masih ramai lagi orang ramai yang tidak mengetahu cara menguruskan sisa pukal tersebut dan membuangnya sesuka hati di kawasan yang tidak dibenarkan.  Ada juga yang membakar di tempat terbuka dan ini akan mengundang risiko kepada orang lain.

Kutipan sisa pukal dilaksanakan satu minggu sekali dan penduduk dapat melupuskan sisa pukal tersebut mengikut jadual yang ditetapkan. Beliau memberitahu bahawa sekiranya orang ramai memerlukan maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 dan WhatsApp 012-6180082.