KUTIPAN SISA PUKAL SETIAP MINGGU. SWM SERU PENDUDUK MANFAATKAN KUTIPAN +1.

...

SEREMBAN, 27 February 2020 Jumlah sampah dijangka akan meningkat menjelang Aidilftri, justeru itu, SWM Environment Negeri Sembilan menyeru penduduk untuk memanfaatkan perkhidmatan Kutipan +1 iaitu kutipan sisa pukal, kitar semula dan sisa taman seminggu sekali. Menjangkakan Jumlah Sampah Bertambah Sepanjang Bulan Ramadan. Pengurus Wilayah Melaka & Negeri Sembilan, SWM Environment Sdn Bhd, Dr Al’Ashari Bin Haji Othman menyatakan sepanjang bulan Ramadan, ramai penduduk dijangkakan menjana sisa dengan lebih banyak bagi menyambut kedatangan Aidilfitri. Oleh itu, SWM telah melaksanakan kutipan sisa tersebut dan meminta penduduk untuk memberikan kerjasama agar pekerja dapat melaksanakan tugas dengan lancar. Dalam masa yang sama, beliau juga menyatakan bahawa sepanjang bulan Ramadan dan Perintah Kawalan Pergerakan, SWM akan beroperasi di enam buah kawasan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan seperti biasa. Beliau meminta orang ramai untuk merujuk jadual kutipan sisa pepejal yang dipasang di jalan masuk dan keluar taman perumahan masing-masing. Sebarang pertanyaan lanjut, penduduk boleh menghubungi SWM melalui aplikasi WhatsApp di 012-6180082 atau membuat panggilan di talian 1-800-88-7472 atau emel: swmresponz@swmsb.com Beri Kerjasama Dengan Operasi Sanitasi Awam Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan dalam berhadapan dengan wabak Covid-19., SWM turut bersedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak berkuasa tempatan dan SWCorp untuk melaksanakan operasi sanitasi awam. Beliau turut menggesa orang ramai untuk bekerjasama dan mengikuti arahan yang telah dikeluarkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan serta penduduk hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghentikan penyebaran wabak ketika menguruskan sisa.

http://