Menteri Besar: Pastikan Seluruh Daerah Berada Dalam Keadaan Bersih.

...

SEREMBAN, 07 February 2024

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin menggesa agensi kerajaan, PBT dan SWM Environment untuk memastikan kebersihan di seluruh kawasan menjelang perayaan Tahun baru Cina termasuklah jaringan jalan raya perlu ditangani dengan segera.

Beliau memberitahu bahawa dengan kedatangan musim perayaan, beliau berharap bahawa kesemua daerah di Negeri Sembilan berada dalam keadaan bersih dan indah. Agensi-agensi berkaitan dan SWM Environment perlu menyelesaikan aduan dengan segera selepas mereka menerima aduan.

 Sekiranya terdapat lubang di jalan raya, mereka hendaklah membaikinya dengan segera bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku ketika musim perayaan.

 Beliau menyatakan bahawa pengurusan pembersihan di seluruh daerah dan PBT perlu dipertingkatkan dan beliau berharap agar berterusan melaksanakan penambahbaikan kebersihan di Negeri Sembilan.

Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina  Pada Hari Ke-Lapan.

Menteri Besar turut memaklumkan ketika sidang media selepas Mesyuarat Exco pada hari Rabu. Turut hadir ialah Datuk Seri Jalaluddin, Exco Kanan, Adun Teo Kok Seong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zafir.

Aminuddin turut menjemput rakyat di Negeri Sembilan untuk menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Sembilan pada 17 Februari, jam 11 pagi hingga 4 petang di perkarangan meletak kenderaan pasaraya Lotuss, Bandar Baru I0I, Bahau.

Beliau memberitahu ini adalah kali pertama sambutan perayaan Tahun Baru Cina diadakan di luar daripada kawasan Seremban. Beliau berharap rakyat akan dapat hadir terutamanya rakyat daripada berbilang kaum yang tinggal berhampiran untuk bersama-sama menyambut Tahun Baru Cina.

Program tersebut turut mempunyai persembahan tarian Naga dan juga kesenian serta makanan tempatan. Kami berharap ianya dapat memperkukuhkan hubungan diantara semua kaum dan memastikan keharmonian di negeri ini.

SWM Menyumbang RM52,500.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, SWM Environment melalui SWM Kasih Misi Sampul Merah menyumbangkan RM52,500 kepada kerajaan tempatan Negeri Sembilan untuk diagihkan kepada 350 orang yang memerlukan.

Sumbangan berupa baucar barangan keperluan membolehkan penerima membeli barangan keperluan di 99 Speedmart dan setiap penerima yang layak akan menerima baucar bernilai RM150.

Pengurus Besar SWM Environment, Mohd Norlisam telah berkunjung ke bangunan Wisma Negeri pada hari Rabu untuk menyerahkan mock-cheque kepada kerajaan negeri. Arul Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan  telah menerima sumbangan tersebut dengan disaksikan oleh Menteri Besar, Aminuddin, Exco Kanan, Datuk Seri Jalaluddin, Exco Negeri, Teo Kok Seong dan Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mohd Zafir.

Mohd Norlisam menyatakan baghawa keluar yang menerima bauca ini dapat melakukan pembelian di pasaraya Speedmart dan tempoh sah laku baucar tersebut ialah selama satu tahun. Penerima yang layak menerima adalah daripada penerima yang telah mendaftar bagi bantuan kerajaan negeri.