SWM KASIH CERIAKAN 750 KELUARGA SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

...

JOHOR BAHRU, 12 February 2024

SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyerahkan sumbangan berjumlah RM112,500 kepada Kerajaan Negeri untuk disalurkan kepada 750 keluarga di negeri ini, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Penyerahan disempurnakan YBhg. Mohd Norlisam Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment kepada YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, hari ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SWM Kasih di mana setiap keluarga akan menerima barang keperluan asas berserta kuih raya.

Sejak 10 tahun lalu, SWM Environment telah melaksanakan lebih 100 inisiatif melalui SWM Kasih melibatkan pelbagai bantuan yang memberi manfaat kepada lebih 10,800 keluarga.

https://mediadigitaljohor.gov.my/swm-kasih-ceriakan-750-keluarga-sempena-tahun-baharu-cina/