SWM sumbang RM52,500 bantu masyarakat kurang kemampuan

...

SEREMBAN, 08 February 2024

Syarikat SWM Environment Sdn Bhd telah memberikan sumbangan sebanyak RM52,500 kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Seramai 350 individu yang berdaftar sebagai penerima sumbangan di bawah Kerajaan Negeri akan menerima bantuan tersebut.

Sumbangan itu juga akan diberikan dalam bentuk baucar bernilai RM150 yang boleh ditebus di pasar raya SpeedMart.

Ini merupakan sebahagian daripada aktiviti khidmat masyarakat oleh syarikat tersebut dalam usaha membantu mereka yang kurang kemampuan.

https://negerikita.org/swm-sumbang-rm52500-bantu-masyarakat-kurang-kemampuan/