SWM Environment tumpu kutipan +1 di 15 PBT

...

JOHOR BAHRU, 05 February 2024

SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) memberi tumpuan kepada operasi perkhidmatan kutipan +1 bagi sisa pukal, sisa kebun dan kitar semula di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sempena perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak SWM Environment akan beroperasi seperti biasa sempena Tahun Baru Cina dengan melibatkan seramai 4,500 orang anggota pekerja pembersihan dan disokong oleh sekitar 580 buah kenderaan berjentera di negeri Johor.

Beliau turut menasihatkan daripada penduduk untuk menempatkan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula di tepi tong sampah beroda atau di rumah sampah berpusat mengikut jadual ditetapkan.

“Bagi memastikan kelancaran operasi kutipan dilaksanakan, pihak SWM Environment memohon kerjasama orang ramai untuk tidak meletakkan sebarang halangan seperti kenderaan di sepanjang laluan atau berhampiran tong sampah sepanjang tempoh tersebut.”

Tambah beliau lagi, orang ramai diingatkan untuk menguruskan sisa perayaan seperti mercun secara berhemah bagi memastikan keselamatan pekerja yang bertugas di lapangan terjamin. Orang ramai yang inin mendapatkan lanjut tentang perkhidmatan kutipan sisa pepejal sempena Tahun Baru Cina boleh hubungi pihak SWM Environment di Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 atau Talian WhatsApp SWM di 012-618 0082.

Pihak SWM Environment juga tampil dengan inisiatif galakan kitar semula sempena Tahun Baru Cina melalui siri penganjuran Kaunter KITARecycle Pandu Lalu sejak bulan Januari lalu di beberapa lokasi antaranya Kluang, Kulai, Iskandar Puteri dan Johor Bahru yang telah berjaya mengumpulkan sebanyak 10,000 kilogram barangan kitar semula. Orang ramai juga boleh menghantara barangan kitar semula mereka ke kemudahan KITARecycle yang terpilih antaranya di SWM Environment Bandar Dato’ Onn, Hab Kitar Semula @ B5 Johor Street Market, Sunway GRID Residence, Sunway Citrine Hub dan Hutan Bandar MBIP. 

https://johor.chinapress.com.my/20240206/swm%E5%90%AF%E5%8A%A8%E5%9E%83%E5%9C%BE%E6%8D%A2%E7%8E%B0%E9%87%91-15%E5%9C%B0%E6%96%B9%E6%94%BF%E5%BA%9C%E6%8E%A8%E6%94%B6%E9%9B%861/