SWM ENVIRONMENT BEROPERASI SEPERTI BIASA SEPANJANG RAMADAN

...

JOHOR BAHRU, 24 April 2020 SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) akan beroperasi seperti biasa di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sepanjang tempoh bulan Ramadan dan penguatkuasaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini menyarankan agar orang ramai untuk merujuk kepada papan tanda Jadual Perkhidmatan yang ditempatkan di laluan keluar dan masuk setiap kawasan perumahan. Tambahnya, orang ramai boleh berhubung dengan pihak SWM Environment melalui Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 atau menyalurkan sebarang pertanyaan melalui Talian WhatsApp SWM di 012-618 0082 atau emel kepada swmresponz@swmsb.com. Dalam pada itu, beliau menyeru agar orang ramai untuk terus mempraktikkan kaedah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca (PSDP) dan memanfaatkan Kutipan +1 sebanyak seminggu sekali bagi melupuskan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula yang lazimnya meningkat pada musim perayaan.

http://