SWM ZIARAH RUMAH WARGA EMAS MANTIN BAGI MERAIKAN SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA BERSAMA WARGA EMAS.

...

NILAI, 16 January 2020 SWM Enviroment telah menyambut sambutan perayaan Tahun Baru Cina di pusat jagaan warga emas Pertubuhan Kebajikan Amal Charis bersama 28 orang penghuni rumah jagaan tersebut dalam suasana ceria. Pihak syarikat telah menyumbangkan barangan keperluan harian, limau mandarin, lampin pakai buang bagi kegunaan warga emas dan juga sumbangan sebanyak RM1,000.00. Dr Uzir Bin Abdul Malik, Pengarah Eksekutif SWM Environment dan Dr Al’Ashari Bin Haji Othman, Pengurus Wilayah Melaka & Negeri Sembilan serta kakitangan SWM telah melawat rumah jagaan tersebut. Dalam ucapan Dr Uzir, pihak syarikat sentiasa melaksanakan tanggungjawab sosial korporat setiap tahun dengan melawat pusat jagaan atau anak yatim semasa sambutan perayaan bersama mereka dan Misi Sampul Merah adalah acara permulaan dengan memilih pusat jagaan Pertubuhan Kebajikan Amal Charis bagi menyambut perayaan bersama warga emas. “Ini adalah untuk menghargai warga emas yang pernah melakukan sumbangan kepada negara dan kita hendaklah sentiasa menghargai mereka terutamanya kepada warga emas yang memerlukan perhatian daripada kita dengan tidak meminggirkan mereka daripada masyarakat” Beliau memberitahu bahawa syarikat sentiasa mengingatkan kakitangannya dari semasa ke semasa untuk meyumbang kepada komuniti setempat dengan mendekati golongan yang memerlukan. Encik Liau Kok Wah, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Charis memberitahu seramai 28 orang warga emas berusia diantara 54 hingga 82 tahun tinggal di pusat jagaan tersebut terdiri daripada golongan miskin, sebatang kara dan tiada anak. Terima Kasih Sumbangan Kepada Warga Emas Kami melaksanakan misi tanggungjawab sosial dengan penuh kasih sayang, perhatian kepada komuniti setempat dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Beliau sedang menguruskan pembinaan pusat jagaan anak-anak yatim dan kanak-kanak supaya warga emas dan kanak-kanak dapat menikmati kehidupan yang lengkap dengan kemudahan dan juga persekitaran yang selamat. Beliau memberitahu bahawa sewa bagi pusat jagaan tersebut adalah sebanyak RM1,000.00 dan bagi mengelakkan berlaku pemindahan pusat jagaan, beliau membeli tanah yang berkeluasan 13,207 kaki itu di Taman Permata Mantin dengan membina kediaman dua tingkat. Beliau menyatakan bahawa kos pembelian tanah dan pembinaan menelan belanja RM1.7 juta. Oleh itu beliau berharap agar pusat jagaan tersebut siap dibina dan dibuka pada tahun 2022. Apabila siap dibina, rumah jagaan tersebut dapat menampung kira-kira 10 orang anak yatim dan 20 orang kanak-kanak.