800 KELUARGA TERIMA SUMBANGAN SWM KASIH

...

JOHOR BAHRU, 23 April 2020 SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) menerusi entiti tanggungjawab sosial korporat, SWM Kasih menyumbang RM52,000 untuk membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah menyambut Ramadan. Bantuan yang akan diagihkan 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga untuk membantu golongan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19). Ketua Pegawai Eksekufnya, Ho De Leong berkata, sumbangan dalam bentuk barang keperluan harian itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 800 keluarga di seluruh negeri ini tanpa mengira kaum dan agama. “Sumbangan SWM disampaikan menerusi 26 NGO kerana mereka lebih mengetahui dan mengenali penduduk setempat selain berpengalaman dan berkeupayaan mengagihkan bantuan itu kepada golongan sasar di peringkat akar umbi. “SWM Environment sememangnya komited untuk menyumbang kepada segenap lapisan masyarakat di Johor dalam bentuk kebajikan, perayaan dan pendidikan secara tahunan,” katanya ditemui selepas penyerahan sumbangan itu di Dewan Serbaguna Taman Skudai Kanan di sini hari ini. Pengurus Wilayah Johor SWM Environment, Mohd Zan Arris menyerahkan sumbangan tersebut kepada Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dengan disaksikan Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr Chong Fat Full. Sementara itu, Mohd Rashid yang juga wakil kepada 26 NGO berkenaan menyifatkan sumbangan SWM Kasih itu sebagai menterjemah usaha murni kedua-dua pihak untuk membantu mereka yang terjejas. Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata, seap penerima sumbangan berkenaan sudah disaring dan dirujuk terlebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memaskan mereka yang benar-benar layak menerimanya.

http://