COVID-19: 13 WARGA ROHINGYA POSITIF

...

JOHOR BAHRU, 21 April 2020 Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R. Vidyananthan memaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan saringan ke atas 659 etnik Rohignya di daerah Kulai dan seramai 13 kes positif direkodkan daripada jumlah tersebut. Manakala, seramai 396 sampel menunjukkan keputusan negatif dan 250 sampel lagi masih menunggu keputusan. Vidyananthan dalam kenyataan pada hari ini turut menyatakan Kerajaan Negeri memandang serius tentang situasi tersebut dan telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan penularan wabak COVID-19 di kawasan berkenaan bagi mengekang penularan pandemik berkenaan. Antara langkah yang diambil adalah dengan melaksanakan kawalan keselamatan yang lebih ketat di daerah Kulai melalui kawalan statik 24 jam oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lorong Kulai Besar. Katanya lagi, pihak berkuasa juga telah melaksanakan Operasi Sanitasi Awam di kawasan Lorong Kulai Besar dan memerlukan kerjasama daripada masyarakat setempat bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Operasi berkenaan telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada 2hb April dan semalam membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), SWCorp Negeri Johor dan SWM Environment Sdn. Bhd. Beliau turut menyeru agar masyarakat setempat untuk terus mengamalkan penjagaan kebersihan diri dan juga persekitaran tempat tinggal dan premis perniagaan masing-masing agar dapat membendung penularan pandemik COVID-19 dan penyakit berjangkit yang lain.

http://