Kempen pembersihan. Sebanyak 130 kilogram sampah dibersihkan

...

MELAKA, 17 October 2023

Syarikat Konsesi Pembersihan Awam, SWM Environment antara agensi yang turut serta pada Program Gotong-Royong Perdana Sungai Melaka Fasa 2 sejauh 5.2 kilometer menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Perasmian program disempurnakan YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh itu disertai kira-kira 500 peserta dari beberapa agensi kerajaan, swasta dan institusi pengajian tinggi.

Pada program itu SWM Environment bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka diberi tugas menjalankan gotong-royong di Zon 6 antara Jambatan Taman Rumpun Bahagia ke Jambatan Melaka Sentral.

Lebih 100 sukarelawan terlibat pada program 'Petronas Menyemai Masa Hadapan: Pembersihan Pantai dan Kitar Semula Melaka 2023' anjuran Petronas Selatan yang berlangsung di Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka.

Program dirasmikan oleh YB Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Sukarelawan terdiri daripada warga kerja Petronas, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), SWM Environment serta pelajar-pelajar dari beberapa pusat pengajian tinggi dan sekolah dari seluruh negeri.

Pada program itu sebanyak 130.5 kilogram sisa berjaya dikutip di sekitar persisir pantai berkenaan termasuk lebih 20 kilogram sisa kitar semula.