SWM Environment Menyumbang Barangan Keperluan Kepada 10 Buah Keluarga.

...

SEREMBAN, 09 November 2023

Bersempena sambutan perayaan Deepavali, SWM Environment telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan menyumbangkan barangan keperluan kepada 10 buah keluarga di daerah Nilai bagi menyambut sambutan perayaan Deepavali.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam menyatakan bahawa perayaan Deepavali ialah perayaan penting bagi masyarakat India. Oleh itu, pihak syarikat telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat untuk membantu kaum India yang memerlukan dan menyambut kedatangan musim perayaan.

Acara ini dilaksanakan bersama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Nilai. 10 penerima isi rumah telah menerima barangan keperluan seperti beras, tepung, susu dan sebagainya sebagai persiapan menyambut perayaan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.