SWM Environment, Coca-Cola jalin kerjasama sedia fasiliti kitar semula di Nilai

...

KUALA LUMPUR, 27 October 2023

SWM Environment Sdn Bhd dan Coca-Cola Bottlers Malaysia bekerjasama menyediakan fasiliti kitar semula, Pusat Pandu Lalu KITARecycle Coca-Cola bagi memajukan kelestarian alam sekitar dan membantu mencapai matlamat pembangunan lestari di kawasan perumahan di Nilai, Negeri Sembilan.

Sebanyak empat buah lokasi fasiliti Pusat Pandu Lalu KITARecycle Coca-Cola disediakan di kawasan Nilai iaitu di Jentayu @ Enstek, Laman Mawar, Cempaka Seri 1 dan Cempaka Seri 2 yang terletak di kawasan perumahan Kota Seriemas. 

Objektif utama penyediaan fasiliti ini disediakan adalah bagi memupuk kesedaran yang tinggi dalam masyarakat berkenaan pengurusan sisa domestik, pengasingan sisa pepejal di punca dan membudayakan amalan pengurusan sisa kitar semula di dalam kehidupan seharian.

Malah, dengan peningkatan fasiliti kitar semula, dijangkakan kadar kitar semula bahan buangan akan meningkat secara signifikan, mengurangkan jumlah bahan buangan yang masuk ke tapak pelupusan sampah. 

Pusat Pandu Lalu KITARecycle Coca-Cola adalah bukti kepada komitmen padu antara dua syarikat itu terhadap amalan pengurusan sisa lebih mampan, terutamanya dalam aktiviti pengasingan sisa
pepejal di punca dan kitar semula. 

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada misi bersama dalam memberikan sumbangan positif kepada alam sekitar dan menyokong ekonomi kitaran.

Ketua Pegawai Eksekutif SWM Environment, Ho De Leong berkata, pihaknya yakin dengan adanya Pusat Pandu Lalu KITARecycle Coca-Cola, ia akan menginspirasikan perubahan tingkah laku yang positif dalam kalangan komuniti berkaitan pengasingan sisa pepejal di punca dan membudayakan amalan kitar semula. 

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Coca-Cola Bottlers Malaysia dalam usaha membantu kerajaan untuk mencapai kadar kitar semula kebangsaan sebanyak 40% menjelang 2025 dengan menyediakan fasiliti ini," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah beliau, Pusat Pandu Lalu KITARecycle Coca-Cola dijangka akan menjadi model pengurusan sisa mampan di Malaysia, yang mana menunjukkan kerjasama erat antara pemain industri untuk mendorong kearah perubahan positif dan lebih memberi impak besar kepada masyar.

Pengarah Hal Ehwal Awam Komunikasi dan Kelestarian Coca-Cola Bottlers Malaysia-SingapuraBrunei, Khairul Anwar Ab Gahani pula berkata, semua pek pembungkusan mereka seperti tin aluminium dan botol PET, boleh dikitar semula sepenuhnya. 

"Melalui kerjasama ini, kami berhasrat untuk terus meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan kitar semula dan keperluan pengasingan sisa di punca yang betul bagi memastikan kitaran pembungkusan yang baik.

"Pembungkusan yang telah digunapakai oleh pengguna mempunyai nilai tersendiri dan boleh digunakan semula sebagai pembungkusan baharu," katanya.

https://www.dagangnews.com/article/swm-environment-coca-cola-jalin-kerjasama-sedia-fasiliti-kitar-semula-di-nilai-31767